Future Hopefuls of IMAM 2008-2010

Thursday 27 March 2008

LOST & FOUND!

SALAM WRT..TEAM NASI KERABU AGM PPIM 08 SEKELIAN,NI ADALAH ANTARA BRG2 YG AGAK2NYE TENGAH MENANGIS2 MENANTI TUAN2 NYE DATANG MENJEMPUT MEREKA KEMBALI. JD,TUAN2 BARANG SEKELIAN,SUDILAH SEKIRANYA BAWA MEREKA PULANG..TUNTUT KT 10-08 K :)HUUUU TIME KASIH...(P/S:KALO NK SEDEKAH KE NAK WAKAFKN KE,BOLEH AJE,BGTAULA K!! :p )



(loyang utk bakar kek ke,ayam ke,macaroni ke,puding2 ape2 la yg bakar, gune utk buat bende lain pn boleh..)




(sudip utk senduk kuah2 atau gulai2..jgn gune utk memasak nnt cair xleh gune dh)


(besen serbaguna I)



(besen serbaguna II)



(besen serbaguna III yg paling femes kt hostel.mungkin 80% kt hostel ni ade.jd sape2 yg agk2 die punye takde,datangle tuntut.kalo nk wakaf utk surau boleh jgk.)


(Besen serbaguna IV - xramai kot yg ade,so agk2 tuannye mesti cam kan..kan.. sedang jauhari mengenal manikam..)




(Baldi - buat basuh baju ngn kasut kot..xkisahla..yg penting,dtg ambik.huuuu...)

sekian terima kasih.kerjasama 'tuan2' sekelian amat dihargai.:)

( KALAU BARANG2 NI TAK DITUNTUT SAMPAI HARI JUMAAT, 12TGHMALAM, SUME BRG2 NI AKN DIWAKAFKN PD SURAU.. TIME KASIH...)

Saturday 22 March 2008

Aturcara program AGM PPIM

0830 Pendaftaran

0930 Ucapan dan perasmian majlis

1030 Forum : Rasulullah dan Kejayaan

1130 Kudapan dan persembahan nasyid

1200 Talk: Leadershirp & Success: A process of education , training, experience & self study By: Left Col Dr Mohd Yunus Masjuki

1300 Pengundian
Makan tengah hari
Solat Zohor

1400 Pembentangan laporan aktiviti
Pembentangan laporan kewangan
Ucapan dan sesi soal jawab
Pengumuman pemenang kuiz
Penyampai Sijil Sunathon 2007
Perletakan jawatan
Pengumuman ahli jawatankuasa baru
Penyerahan tugas 1600 Bersurai

MANIFESTO: Muhammad Syazwan Ma'amin



Nama : Muhammad Syazwan Ma'amin

Tahun : 2 (lahir tahun 1988)

Asal : Shah alam

ID ym : umar_alfateh

sekolah terakhir : SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu.

Berkenaan diri:

Tidak suka berjanji, kerana berdasarkan pengalaman, janji tidak pernah ditetapi..

tetapi setiap yang saya ucapkan Insyaallah, alhamdulillah semua terhasil.

Insyaallah, dengan ini,Saya merasakan suatu kebertanggungjawaban bersama untuk menjaga ummat muslim malaysia di moscow melalui PPIM insya allah..

"Sesungguhnya Allah menyuruh kalian agar menunaikan(memberikan) amanah kepada ahlinya, dan jika kamu

mengadili di antara manusia, adililah dengan keadilan" Annisa-58

Jika anda merasakan bahawa saya betul-betul layak untuk memegang apa-apa bahagian di dalam PPIm sebagai pimpinan

dalam membawa kalian menuju keredaan Allah, berilah undi kepada saya.

Jika anda merasakan saya tidak layak untuk berada dalam kelompok kepimpinan dan tidak layak untuk memberikan

buah fikiran pada membangunkan sumber manusia ke arah keredaan Allah,

jauhkan undi anda dari saya.Kerana itu lebih baik bagi kalian.

Kalian mengenali saya seadanya. Jika kalian mahukan kepastian tentang diri saya, selidikilah melalui classmate saya group 20.

Selidikilah diri saya agar kalian tidak salah memilih siapa bakal pemimpin kalian dan yakin dengan pilihan kalian.

Pilihan Raya IMAM-RSC (Moscow) 2008-2010
  • Undian akan diadakan pada 23 Mac 2008 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Russia.
  • Semua pelajar muslim layak untuk mengundi.
  • Sebanyak 21 calon yang layak bertanding. Mereka terdiri daripada 11 calon muslimin dan 10 calon muslimat.
  • 12 kiraan undi tertinggi (iaitu 6 tertinggi daripada calon muslimin dan 6 tertinggi daripada calon muslimat) akan mengisi kerusi-kerusi IMAM-RSC (Moscow) 2008-2010.
Cara mengundi

a) Para pelajar hendaklah memangkah (X):
  • maksimum 6 calon muslimin dan 6 calon muslimat
  • minimum 3 calon muslimin dan 3 calon muslimat
Borang undi yang mengandungi kurang daripada 6 atau lebih daripada 12 calon yang dipangkah dikira sebagai undi rosak.

b) Tanda selain pangkah tidak akan diterima dan dikira sebagai undi rosak.

c) Setiap pelajar dinasihatkan membawa pen masing. Setiap borang undi hendaklah diisi menggunakan pen. Penggunaan pensil dalam borang undi kiri sebagai undi rosak.

d) Para pelajar tidak dibenarkan menconteng di atas borang undi. Borang undi yang berconteng akan dikira sebagai undi rosak.

Berikut adalah contoh cara mengisi borang undi:


Calon muslimin:

Fahri bin Abdullah

X

Fahri bin Abdullah

Fahri bin Abdullah

Fahri bin Abdullah

X

Fahri bin Abdullah

Fahri bin Abdullah

X

Fahri bin Abdullah

X

Fahri bin Abdullah

Fahri bin Abdullah

X

Fahri bin Abdullah

Fahri bin Abdullah

X

Calon muslimat:

Aisha binti Azhari

X

Aisha binti Azhari

X

Aisha binti Azhari

Aisha binti Azhari

X

Aisha binti Azhari

Aisha binti Azhari

X

Aisha binti Azhari

Aisha binti Azhari

X

Aisha binti Azhari

X

Aisha binti Azhari

MANIFESTO: Siti Syahrun Natrah Mohd Misan



Friday 21 March 2008

MANIFESTO: Ajlaa Hawa Binti Naiman



Profile:

- Ajlaa Hawa Binti Naiman

- Berasal dari negeri sembilan

- Tahun pengajian : tahun 3


Bismillahhirrohmanirrohim….

InsyaAllah akan :

1. Membantu mencapai target dan sasaran (hadaf) organisasi.
2. Membantu menggerakkan anggota menuju target dan sasaran.
3. Membantu mewujudkan interaksi dan keterikatan antara individu (organisasi)
4. Membantu memelihara kekuatan dan kesetiaan jemaah (organisasi).

 
Bertanyalah ( wahai Muhammad) :
“Adakah
di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu,
ada yang menunjuki kepada kebenaran?"


Katakanlah
"Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran".

Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak
diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk
kecuali (bila) diberi petunjuk?
Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?

-Surah Yunus Ayat 35-

I seek the best for those I serve,leadership is action - not position.
 Wassalam ~~

Manifesto daripada Ikhwan,Aiman dan Layla



MUHAMMAD AIMAN BIN ABU SAMAH



LAYLA BT TUMAISURI



NIK IKHWAN HAQIM BIN HANAFI


-As a meeting point by bringing up the name and image of Islamic Medical Association of Malaysia-Moscow Student Chapter (IMAM-MSC) internationally by organizing activities and events with syari'ah, the Holy Quran and Hadith based that leads to silaturrahim among the Malaysian Muslim medical students, alumni and friends that has the same interest in medicine field directly and indirectly.
To uphold the status of medical education not only towards todays youth but generally to all walks of life on the importance of medicine knowledge and daily healthiness.

-To increase and improve leadership, giving commitment and full support as a platform, not only to us, but to students to prepare themselves to the real working field by involving in welfare and humanity services either locally or globally.

-To be proactive and alert on the latest issues that involves the Muslim society with the medical discipline as a subject not to be separated and widen the scope to other races and religions about the benefits of Islam and medicine.

-To bridge the gap between Muslims from all batches without each having the inferior complex and split personality within them by making everyone generates themselves by volunteering in activities that had been lined-up.

-To produce a moderate Muslim in all terms of aspects where his ability to work with his associates and society is important to make sure that he is accepted by the community whole-heartedly in spreading the words of Islam that could penetrate and captivate the mind of others.
-To meet the purpose of the quote 'Islam is for all' by combining not only with Muslims from other nation but also from the other races and religions where IMAM-MSC is recognized and set as a benchmark and reference in almost all the projects and functions.


MANIFESTO: Akmal Bin Salleh



Selingkar biodata peribadi dan manifesto


Mohd.Afiq bin Ahmad Rushdi

DOB: 15 mei 1986

Sekolah akhir: SMS Tg. Muhammad Faris Petra, Kelantan

Tahun 4, RSMU


Manifesto:


Untuk menjadikan PPIM sebagai satu wadah atau platform bagi memberi kefahaman Islam sebenar yg semakin meruncing dewasa ini terutamanya kepada para sahabat, pemuda-pemudi aset besar Islam sama ada dalam bentuk gerak kerja da'wah bertunjangkan sistem usrah yg merupakan proses tarbiyyah (pendidikan) utama selain program2 sampingan yg mempunyai matlamat yg sama dan jelas iaitu membentuk kefahaman Islam yg sebenar dalam menuju keredhaan Allah swt.. Usaha kecil ini adalah bersandarkan kecintaanku kepada ikhwah-akhowat seagamaku kerana..


" Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri "


di samping membuktikan kecintaanku kepada empunya diri ini..iA~ Sedikit coretan harapan peribadi...agar sama2lah kita berganding bahu bersatu tenaga dalam memastikan usaha murni ini berterusan dan hasilnya dapat dilihat dgn terzahirnya Islam sebagai "cara hidup" yg menyeluruh khususnya di kalangan para pelajar di bumi Moscow ini..


" Sekiranya kamu membantu agamaKu, nescaya akanku bantumu kembali, dan mengukuhkan kedudukanmu " (Muhammad:7)


" Jangan gentar berkelana ke alam abadi...Di sana cahaya fajar memancar " -As-Syahid Sayyid bin Qutb

KUIZ MAULIDURRASUL & AGM PPIM-RSC(MOSCOW) 08

Introduction Kuiz
Assalamualaikum wrt.wbt.

Syukur kehadrat ilahi kerana memberi nikmat iman islam dan akal kepada kita,dan terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh sahabat-sahabat dalam menjayakan AGM IMAM-RSC(Moscow) 08 kali ini..

Untuk menghangatkan lagi semangat-semangat kalian semua dan memeriahkan lagi AGM 08 ini dan majilis sambutan Maulidur Rasul kali ini, kami dari pihak penganjur,telah menyediakan KUIZ Sirah Nabawiah untuk menguji kefahaman dan pengetahuan para sahabat tentang sirah Rasulullah junjungan kita nabi Muhammad S.A.W.


Syarat-syarat dan Soalan kuiz boleh didapati di http://kuizakademikimam.blogspot.com/

MANIFESTO: Yasmin Suraya binti Abdul Razak



Biodata :

-Tahun Pengajian: Tahun 4

-Berasal dari Kuala Selangor

"Saya berharap diberikan peluang untuk menyumbangkan tenaga dan idea dalam usaha untuk memajukan PPIM agar manfaatnya dapat dirasakan oleh semua"

Thursday 20 March 2008

MANIFESTO: Ahmad Mahfudz bin Mukri


bismillahirrohmanirrohim....

profile:
-lahir dan tinggal di Kelantan.
-tahun 2 pengajian.
-5 thn belajar di MRSM,telah memegang byk jwatan..insya Allah
akan memberi sepenuh komitmen dalam PPIM.

wawasan:
ana akan berusaha meningkatkan tahap efisien PPIM sebagai badan dakwah
kepada pelajar2 muslim..sebagaimana firman Allah SWT:

"fazakkir innafaatizzikra.."
oleh itu berikanlah peringatan,kerana peringatan itu membawa manfaat...

-surah al-a'la-ayat 9-

selain itu,ana berharap PPIM akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar2
Islam sbgai satu saluran untuk mengukuhkan ikatan ukhwah sesama kita.

wsalam~

MANIFESTO: Nurul Asikin Ahmad




MANIFESTO: Mohd Afiq Mohd Nor






manifesto : " Menjadikan IMAM-Moscow sebuah persatuan bersiginifikasi kepada seluruh pelajar Muslim dan menggembeleng tenaga pelajar-pelajar dalam membentuk individu yang cemerlang melalui pemantapan institusi usrah sebagai tunjang utama melahirkan pelajar-pelajar berkeperibadian muslim & bakal Muslim Doktor yang soleh dan musleh, serta menyemarakkan ikatan ukhuwah antara hati-hati supaya terbina batu-bata yang menguatkan satu-sama lain "
Awe: boleh refer to http://afiqawe.blogspot.com/

MANIFESTO: Aini Shazwani binti Luey



Aini Shazwani binti Luey;

born and raised in kuala lumpur. currently lives in a
decently small green house in kampung pantai layang, muar, johor with her beloved parents. hopes to contribute in
organizing great events and activities for students, thus making PPIM moscow recognized among Malaysians if not internationally.

MANIFESTO: Nor Hidayah binti Jaris


MANIFESTO: Jalwati Amirah binti Johari



What Jalwati Amirah has to say:

A young man had cancer of the right leg and they advised to amputate it.They did, but he did not want to sit down and weep.He was on the Atlantic. he decided to walk with one leg to Pacific.He said "Life's short.If i fail,i fail.At least i won't be sitting and just looking"

MANIFESTO: Aimi Liyana binti Othman


Pengenalan diri

Nama: Aimi Liyana binti Othman

Tahun pengajian: 4

Latar belakang: dilahirkan di Ipoh, Perak dan sekarang menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Harapan Aimi Liyana:

Di sini ada pantun khas utk pengundi-pengundi di luar sana. Pilihlah dgn bijaksana.

"Telah Tuhan mencipta syurga,

Untuk dirasa setiap jiwa.

Biar terbeban seluruh raga,

InsyaAllah, dgn semangat ku tunai semua"




Wednesday 19 March 2008

FORUM PADA HARI AGM


Dengan segala hormatnya menjemput seluruh warga Moscow ke Bicara Tokoh & Forum bertema :


KEJAYAAN & NABI MUHAMMAD SAW


Tempat: KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MOSCOW pada

Tarikh: 23 March 2008 ,

Masa:Ahad jam 900 pagi.


Bicara Tokoh bersama Left Col Dr Yunus Masjuki


Forum:

Pengerusi - Abu Yazid Abu Othman (Buya)

Panel - Muneer ( 5th year RSMU )

Mustaqim ( 5th year MMA )

Hidayah ( 5th year MMA )


Turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh pelajar MMA. Jom beramai-ramai!!!




Monday 17 March 2008

PENCALONAN IMAM-RSC (Moscow) 2008-2010

Muslimin
1) Mohd Afiq Bin Mohd Nor



2) Mohd Afiq Bin Ahmad Rushdi



3) Ahmad Mahfudz Mukri



4)Raimi Adam Chen



5)Akmal Bin Salleh



6)Muhammad Aiman Bin Abu Samah



7)Muhammad Farhan Fitri bin Jacob



8)Mohd Faizal Daud



9)Mohd Shazli Bin Shahrom

10)Nik Ikhwan Haqim Bin Hanafi


11) Mohammad Syazwan Ma'amin





Muslimat
1) Nurul Asikin binti Ahmad



2) Yasmin Suraya binti Abdul Razak



3) Aini Shazwani binti Luey



4) Aimi Liyana binti Othman



5) Norhidayah binti Jaris



6) Shameera binti Musthafa



7) Siti Syahrun Natrah binti Mohd Misan



8) Jalwati Amirah binti Johari


9) Layla binti Tumaisuri



10) Ajlaa Hawa bt Naiman

Monday 10 March 2008

Pencalonan & Syarat-syarat

Kertas Pencalonan sekarang dikeluarkan!
Assalamualaikum,
Kertas pencalonan boleh didapati daripada saudara Ahmad Zharif bin Hussein (14-13)(YM: zharif_6023) dan Mazni Baharom (12-10) (YM:loyallotus2000)
Syarat-syarat pencalonan
1. Seorang calon hanya boleh dicalonkan oleh seorang pencadang
2. Seorang pencadang bebas mencalonkan seberapa banyak calon yang sesuai
3. Sehelai kertas pencalonan hanya untuk seorang calon
4. Kertas pencalonan hendaklah dipulangkan sebelum atau pada 15 Mac 2008
Sebanyak minimum 10 lelaki dan 10 perempuan diperlukan untuk pencalonan.
Maka diharap saudara/i sekelian boleh mendapatkan kertas pencalonan dengan seberapa segera dan mencalonkan kawan-kawan yang dirasakan layak untuk bertanding

Monday 3 March 2008

Pencalonan Ahli Jawatankuasa Bagi Sessi 2008-2010

Assalamualaikum kepada semua pelajar Islam RSMU

Seperti yang sedia maklum, hampir 2 tahun lepas PPIM-Moscow Student Chapter berjaya ditubuhkan di Russian State Medical University. Bagi yang sentiasa mengikuti dan menyertai aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan, segala perancangan aktiviti berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak yang telah banyak menyumbang tenaga,idea dan masa anda kepada persatuan ini.
Maka sudah sampai masanya kami bagi pihak Ahli Jawatankuasa bagi sessi 2006-2008 berundur dan digantikan dengan ahli jawatankuasa berikutnya. Diumumkan pada 10 Mac 2008 akan dikeluarkan kertas pencalonan. Maka apa yang ditunggu lagi? Jika ada diantara rakan-rakan anda yang dirasakan layak untuk menjadi calon, atau jika anda berminat, dapatkan borang pencalonan pada hari tersebut.*

Syarat-syarat calon:

1. Beragama Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Pelajar RSMU
3. Ahli Persatuan
4. Tahun 4 dan ke bawah pada tahun AGM

Seramai 12 orang ahli jawatankuasa baru diperlukan untuk sessi 2008 - 2010

*Tempat dan bagaimana untuk mendapatkan borang akan diberitahu kemudian

Sunday 2 March 2008