Future Hopefuls of IMAM 2008-2010

Monday 3 March 2008

Pencalonan Ahli Jawatankuasa Bagi Sessi 2008-2010

Assalamualaikum kepada semua pelajar Islam RSMU

Seperti yang sedia maklum, hampir 2 tahun lepas PPIM-Moscow Student Chapter berjaya ditubuhkan di Russian State Medical University. Bagi yang sentiasa mengikuti dan menyertai aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan, segala perancangan aktiviti berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak yang telah banyak menyumbang tenaga,idea dan masa anda kepada persatuan ini.
Maka sudah sampai masanya kami bagi pihak Ahli Jawatankuasa bagi sessi 2006-2008 berundur dan digantikan dengan ahli jawatankuasa berikutnya. Diumumkan pada 10 Mac 2008 akan dikeluarkan kertas pencalonan. Maka apa yang ditunggu lagi? Jika ada diantara rakan-rakan anda yang dirasakan layak untuk menjadi calon, atau jika anda berminat, dapatkan borang pencalonan pada hari tersebut.*

Syarat-syarat calon:

1. Beragama Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Pelajar RSMU
3. Ahli Persatuan
4. Tahun 4 dan ke bawah pada tahun AGM

Seramai 12 orang ahli jawatankuasa baru diperlukan untuk sessi 2008 - 2010

*Tempat dan bagaimana untuk mendapatkan borang akan diberitahu kemudian

No comments: